Dapatkan servis Dental Bridge di Klinik Pergigian Amalmedik, Kota Bharu, Kelantan.
Bila penggantian gigi dengan implan tak sesuai, jambatan gigi adalah alternatif terbaik.
Prosedur ni melibatkan penggunaan gigi tiruan yang dipasang kekal pada gigi bersebelahan, membentuk ‘jambatan’ yang boleh kembalikan fungsi mengunyah dan senyuman anda.
Dengan penjagaan yang baik, jambatan gigi boleh bertahan lebih dari satu dekad, malah mungkin seumur hidup.
Pemeriksaan pergigian berkala dan kebersihan mulut yang terjaga penting untuk elakkan masalah seperti kerosakan gigi. Sikap positif terhadap kesihatan mulut memastikan jambatan anda kekal kuat dan boleh diharap untuk tahun-tahun akan datang.
Prosedur ni bukan saja memperbaiki estetik senyuman anda, tapi juga memberikan penyelesaian jangka panjang yang boleh meningkatkan kualiti hidup dan keyakinan diri.